nuffnang ads

Monday, January 31, 2011

PERUBAHAN DI MESIR KIAN HAMPIR: MOHAMED ELBARADEI

Tentera cuba mengawal kebangkitan rakyat. pix:Arab news

"Saya minta kamu semua bersabar. Perubahan yang kita tuntut sudah semakin hampir" demikian kata-kata bekas Ketua Pemantau dan Pemeriksa Nuklear PBB dan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Mohamed ElBaradei, di depan ribuan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, di Kaherah semalam.

Mohamed kini diberi kepercayaan sebagai orang yang akan berunding dengan kerajaan bagi menuntut satu perubahan, terutama mendesak Hosni Mubarak berundur, selepas protes selama enam hari menggegarkan Mesir dan mengorbankan 125 nyawa.

Walaupun Hosni Mubarak sebelum ini cuba meredakan kebangkitan dengan memecat kerajaan, melantik naib presiden dan perdana menteri baru, namun itu gagal menghalang kebangkitan rakyat menentangnya.

Semalam, sebelum Elbaradei memberi ucapannya di depan ribuan penunjuk perasaan, Hosni Mubarak dilaporkan oleh stesyen televisyen kerajaan bertemu beberapa pemimpin tertinggi negara, termasuk juga mengadakan pertemuan dengan naib presiden, Omar Suleiman, menteri pertahanan, Mohamed Hussein Tantawi dan Ketua Turus Tentera, Jeneral Sami Anan.

Malah, semalam juga ketika penunjuk perasaan memenuhi sekitar bandar Kaherah, berpuluh jet pejuang tentera Mesir berterbangan mengelilingi ruang angkasa Kaherah, seolah-olah memberi isyarat tentera masih setia kepada presiden Hosni Mubarak.

Kerjasama juga telah dibentuk, menggabungkan beberapa parti pembangkang termasuk Muslim Brotehood yang diharamkan dengan membuat persetujuan melantik ElBaradei sebagai perunding bagi pihak mereka dan rakyat dalam urusan menuntut perubahan politik di Mesir dengan presiden dan kabinet barunya dengan kadar segera.

Namun di sebalik itu semua, Hosni kelihatan masih mahu menunjukkan kekuasaan dan 'ego' apabila bertindak mengarahkan penutupan operasi stesyen televisyen satelit Qatar, AlJazeera, selain memaksa kerajaan Arab Saudi membatalkan kursus pertukaran server 2010 Unified Messaging atas dasar kesemua tenaga IT yang akan melaksanakannya adalah terdiri daripada rakyat Mesir.

Hosni kini semakin tersepit, namun di sebalik semua itu dia nampaknya seolah-olah yakin kebangkitan rakyat dapat diatasinya dengan cara tersendiri, termasuk menggunakan pelbagai taktik kotor dan helah mengelirukan dengan menggunakan tentera sebagai perisai.

Namun bolehkah Hosni bertahan jika ada di antara jeneral di dalam tentera akan bertindak melawan arus, menentangnya dengan cara paling drastik - misalnya merampas kuasa dan menyerahkan tampuk politik  kepada rakyat bagi mengembalikan semula keamanan di Mesir.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10