nuffnang ads

Friday, December 3, 2010

KUCHING: POLIS KENA LEMPANG DENGAN IBU MANGSA ROGOL

SEORANG anggota polis dilempang beberapa kali di muka dan bibirnya oleh seorang ibu mangsa rogol, ketika anggota berkenaan sedang menjalankan tugas menyiasat satu kes berhubung perbuatan rogol membabitkan anak wanita itu.

Wanita berusia 36 tahun itu enggan bekerjasama sebaliknya berkasar apabila ditanya tentang dakwaan dia memeras ugut dua mangsa yang dikatakannya telah turut merogol anaknya itu.

Akibat enggan bekerjasama, wanita terbabit yang menyerang polis akhirnya ditahan kira-kira jam 1 pagi Khamis dan direman selama empat hari.

Siasatan kes rogol itu bermula apabila seorang remaja 14 tahun mendakwa dia dirogol berkumpulan di sebuah rumah selepas sebelumnya minum bersama beberapa kawannya di Datuk Ajibah Abol.

Keesokannya, dia memberitahu kejadian itu kepada ibunya dan polis yang dimaklumkan jenayah itu menahan tiga remaja berusia 15 hingga 16 tahun. Sebaliknya kesemua remaja itu mendakwa dua lelaki dari Kampung Kudai yang terbabit, sementara mereka hanya bersorak ketika kejadian itu.

Bagaimanapun, di luar pengetahuan polis, ibu mangsa telah memaksa dua suspek memberi pampasan kepadanya kerana telah merogol anaknya itu. Siasatan ke atas kes itulah yang menjadi punca wanita berkenaan mengamuk dan melempang anggota polis.

Sementara itu difahamkan, bapa tiri mangsa dikatakan turut berada di rumah mangsa dikatakan dirogol pada waktu kejadian.

Anggota polis yang dilempang dihantar ke hospital dan terpaksa ditahan sementara untuk rawatan kerana mengalami tekanan darah tinggi yang serius.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10