SEORANG pengawal keselamatan mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun di kebun Jati, Felcra Lubok Sireh, 22 November lalu.
Hakim Norzanuar Wann Ahmad, telah menetapkan pada 11 Januari tahun depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman.
Lelaki berusia 38 tahun itu dituduh merogol anaknya kira-kira jam 4.30 petang selepas memperdaya anaknya untuk mencari rebung. Apabila sampai di kebun berkenaan, dia menyuruh anaknya membuka pakaian sementara dia memasukkan 'rebungnya' dengan penuh hina!