1.Berjaya menaikkan harga minyak beberapa kali sebagai tanda rakyat dikenakan dulu, pemimpin buat tak kisah
2.Berjaya menaikkan harga gula dari sejenis tumbuhan yang kalau dicampak belakang rumah, tunasnya boleh tumbuh dalam masa beberapa hari sahaja.
3.Berjaya mengimport berjuta kelapa untuk hari raya kerana menyedari kelapa tidak sesuai ditanam di bumi Malaysia yang barangkali tidak subur tanahnya.
4.Mengumumkan tentang cadangan membina menara 100 tingkat sebagai lambang kejayaan rakyat yang melarat
5.Melancarkan tabung 1Azam yang ada di antaranya telah dimanfaatkan oleh kakitangan kerajaan sejak bertahun-tahun diperkenalkan.
6.Memperkenalkan 1Malaysia yang adil selain meneruskan dasar jangan pamer gambar Menteri Besar di Sekolah.
7.Mewujudkan JKKP di negeri yang diperintah kerajaan pembangkang bagi membolehkan wang rakyat diagih-agih selain memberi tugas yang bertindan.
8.Menang 5 daripada 13 pilihanraya kecil sejak 2008
9.Memperkenalkan tranformasi suku sakat tranformers yang kewujudannya entah difahami rakyat atau tidak
10.Memberi wang elaun raya kepada rakyat yang bekerja dengannya.
dan banyak lagi yang akan diungkapkan pada malam 31 Disember.