AKHIRNYA jelas sebuah kemuskyilan. Beginda anak Minda yang menggunakan nama Nor Azman ketika bertanding dalam pilihanraya 1999, akhirnya mengaku dia telah menukar agamanya. Dulu Islam dan sekarang bukan Islam. Amat jelas. Maka anaknya, Basil Beginda, 10, yang mencetuskan konflik dan kontroversi kerana dirotan tangannya kerana membawa makanan tidak halal, juga bukan Islam. Jelas.
Yang tidak jelas ialah sejauh mana peranan pihak berkuasa agama di Sarawak memantau dan memberi perhatian dalam hal murtad ini. Beginda mengakui dulu dia beragama Islam, tetapi kemudian menukar agamanya. Ini bermakna dia murtad.
Di sebuah negara yang Islam adalah agama rasmi, tentu ada hukumnya bagi orang murtad. Tentu umat Islam terguris dengan isu murtad, namun terguris hati sahaja tidak akan merungkai masalah. Salahkan diri kita terlebih dulu kerana kita yang lemah dan sengaja melemahkan diri dalam hal penting dan paling utama dalam hidup ini, iaitu agama.
Barangkali Mufti yang mulia dan bijaksana seperti Mufti Perak Datuk Seri Harussani, mungkin boleh mengulas hal ini.
Beginda mendakwa telah menukar agamanya dari Islam kepada bukan Islam pada tahun 1999 dan anaknya lahir pada 8 Mei 2000.
Kontroversi tercetus apabila anak Beginda, Basil, 10 tahun dirotan 10 kali di tapak tangannya oleh penolong kanan Sekolah Rendah St Thomas kerana membawa nasi goreng bersosej babi ke sekolah. Ibunya, Angela Jabing tidak berpuas hati dan akhirya memaksa penolong kanan terbabit, Iskandar Fateli memohon maaf.
Namun itu tidak cukup memuaskan hati Jabing, selagi kementerian pelajaran tidak mengambil tindakan ke atas Iskandar! Akhirnya selesailah masalah, tapi akhirnya menitis lagi air mata kita.