BUAT kerja bodoh, akhirnya dapat balasan. Difahamkan beberapa pelajar sebuah kolej di Kuala Terengganu, telah diambil keterangan oleh pihak berkuasa, kerana dipercayai dapat membantu siasatan kes gambar separuh bogel pelajar 18 tahun disebarkan di laman facebook baru-baru ini.
Beberapa pelajar lelaki terbabit dikatakan ditahan dan diambil keterangan sejurus polis menerima laporan daripada seorang pelajar perempuan, mendakwa koleksi gambar seksi dan separuh lucahnya disebarkan rakannya sendiri.
Kejadian itu berpunca daripada tindakan rakan mangsa meminjam pendrive untuk menyalin kerja kursus, tetapi terjumpa koleksi gambar separuh lucah lalu menyalin dan menyebabrkannya di laman facebook mangsa.
Sumber-sumber memberitahu, pengurusan kolej tempat mangsa belajar juga telah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa termasuk bersedia mengambil tindakan tegas ke atas pelaku-pelaku jenayah siber itu.
Pelajar berkenaan pula masih dalam keadaan trauma manakala keluarganya tetap mahu tindakan tegas diambil ke atas pelajar terbabit walaupun dikatakan ada usaha untuk berunding dan memohon maaf.
Sementara itu, puluhan ribu pelayar internet dikatakan berusaha untuk 'mencuri tengok' koleksi gambar yang telah disebarkan itu, tetapi hampa kerana pihak berkuasa bertindak pantas menyekat laman facebook berkenaan sebaik sahaja ia dilaporkan.