Kehilangan Siti Nor berlaku sejak 25 September lalu ketika dia dalam urusan mengedarkan kad jemputan perkahwinannya menunggang sebuah motosikal. Namun dia terus tidak pulang-pulang selepas itu.
Bapanya, Ismail Abdullah mendakwa, sempat bercakap menerusi telefon selepas dia tidak pulang tetapi mendengar suara Siti Nor seperti orang di dalam ketakutan. Tidak sempat bertanyakan sesuatu, talian itu terputus dan anaknya itu terus gagal dikesan.
Beliau amat risau dengan kehilangan anaknya yang dijangka bernilah pada 10 Oktober ini, terutama apabila mengenang isterinya yang sering sakit-sakit sejak Siti Nor dilaporkan hilang.
Siti Nor Paraf dijangka bernikah 10 Oktober ini tetapi hilang dipercayai dilarikan pihak tertentu. |