nuffnang ads

Tuesday, October 5, 2010

JALAN KUANTAN- SUNGAI LEMBING DITUKAR KEPADA JALAN PERAGUT.

DALAM tempoh 48 jam, beberapa kawasan di sekitar Jalan Kuantan-Sungai Lembing mencatatkan 4 kes ragut. Salah satu kes menimpa Wan Noresah Mat Ali, 24, yang parah apabila motosikalnya dirempuh dan dia dipukul dengan topi keledar oleh peragut Khamis lalu.

Lima belas minit selepas kejadian itu, ada lagi kes ragut berlaku. Seorang wanita menjadi mangsa di Taman Impian. Tidak cukup, dua lagi kes ragut dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu.

Seorang mangsa, Sarina Abdullah, berkata dia menunggang motosikal bersama anaknya Sabtu lalu apabila seorang penunggang motosikal menghampirinya.

"Saya memperlahankan motosikal dan sebaik menghampiri saya, dia terus merampas beg tangan. Mujur adik lelaki saya ternampak dan cuba mengejar," katanya.

Mungkin sinis bunyinya jika Jalan Kuantan - Sungai Lembing ditukar sementara namanya kepada Jalan Peragut. Ia sekurang-kurangnya memberi ingat kepada wanita penunggang motosikal supaya berhati-hati.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10