nuffnang ads

Tuesday, September 21, 2010

PENGAWAL KESELAMATAN TERTEMBAK LIMA ORANG DI CHERAS LEISURE MALL

BARU semalam kejadian tersalah tembak dilaporkan berlaku di Pahang, apabila Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad Fadzillah Mohamed tertembak rakan seperburuan, seorang kakitangan Risda, Abdul Ghani Midon, 49,  menyebabkan mangsa rosak sebelah mata.

Hari ini berlaku satu lagi kes melibatkan senjata api mengakibatkan lima orang cedera di Cheras Leisure Mall, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Kejadian terbaru melibatkan seorang pengawal keselamatan kedai emas berusia 50-an tersalah petik apabila senapangnya tiba-tiba meletup dan mengenai kelima-lima mangsa. Tiga daripada mangsa dilaporkan pekerja kedai kek, manakala dua yang lain adalah pejalan kaki, termasuk seorang warga asing.

Pengawal keselamatan itu juga dikatakan baru dua hari berpindah menjaga premis berkenaan, tetapi dia dikatakan telah mempunyai lebih 15 tahun pengalaman di dalam bidang keselamatan.

Moral daripada dua kes melibatkan senjata api, di Pahang semalam dan di Cheras hari ini ialah peluru itu tidak bermata. Kita yakin mereka tidak sengaja melepaskan tembakan, tetapi semuanya berlaku di luar kehendak dan mungkin juga berpunca darpada faktor kelalaian.

Difahamkan, pengawal keselamatan yang menyebabkan lima tercedera tengah hari tadi telah dtahan polis untuk siasatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10