HANYA orang yang dalam kepalanya ada agenda politik dan sifat wasangka terlalu dalam sahaja akan melihat sumbangan RM4 bilion daripada syarikat Bumiputera I'DA World Group kepada kerajaan Kelantan sebagai sesuatu yang terlalu pelik.
Apa salahnya kalau ada orang mahu membantu Kelantan. Apa kerajaan persekutuan semudah itu mahu membantu wang sebanyak itu?
Apa dalam kepala kita setiap orang membantu mahu sama menyapu? Kalau betul yang menyumbang itu mahukan sesuatu projek dan projek itu pula tidak mendatangkan masalah, kenapa harus kita tolak?
Agak pelik sedikit dalam hal sumbangan yang mahu diberikan. Sehinggakan menteri besar atau wakilnya tidak hadir. Apakah memang benar sumbangan itu tidak boleh diterima?
Kalau betul tidak boleh diterima, menteri besar mesti menjelaskan hal ini kepada semua rakyat Kelantan. Tak perlulah disorok-sorok.