MENTERI waghih saya ini pernah berjanji akan mengumumkan keputusan untuk mengharamkan Blackberry atau di sebaliknya dalam tempoh seminggu, tetapi sehingga kini orang ramai masih tertunggu-tunggu apakah hasil atau keputusannya.
Datuk Seri Rais Yatim, juga memaklumkann bahawa keputusan itu akan bergantung kepada hasil perbincangan dan siasatan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM).
Rakyat bukannya risau sangat dengan apa sekali pun keputusan yang akan diambil oleh kerajaan dalam perkara ini, tetapi rakyat menagih janji. Perlu diingatkan, janji amat penting kepada rakyat. Jika enggan menunaikan janji adalah baik untuk tidak berjanji.
Kepada Tok Rais, mohon sangatlah, beritahu apa keputusan yang akan diambil oleh kerajaan berhubung penggunaan Blcakberry ini. Sekarang telah masuk berbulan, bukan seminggu keputusan ditunggu oleh rakyat berhubung perkara itu.