nuffnang ads

Wednesday, July 14, 2010

TIPS UJIAN UNDANG-UNDANG

KETIKA BERADA DI DEPAN KOMPUTER

Anda dikehendaki menjawab soalan dan  dimestikan menjawab betul sekurang-kurangnya 42 daripada 50 soalan yang ada sebagai syarat lulus ujian ini. Pada bahagian awal ujian, anda akan diuji berkaitan angka dan gambarajah bagi menunjukkan anda sihat di segi mata.Ujian ini mesti dilepasi. Jika anda gagal ujian ini, anda tidak boleh mengulangi ujian berkenaan kecuali anda membuat pemeriksaan doktor yang mengesahkan anda layak menduduki semula ujian. Ujian seterusnya akan dipecahkan kepada 3 bahagian membabitkan 15 soalan, 25 soalan dan 10 soalan setiap bahagian, menjadikan ia sebanyak 50 soalan yang mesti dijawab.

Ujian mata ini penting kerana mata adalah sebahagian daripada indera utama yang digunakan ketika memandu. Jika indera penting ini gagal berfungsi, mana mungkin kita boleh memandu dengan berhemah? Begitu juga mereka yang mengidap buta warna. Pemeriksaan doktor adalah wajib kerana dibimbangkan anda keliru berkenaan lampu isyarat ketika memandu. Ini amat membahayakan. Jika lampu merah anda katakan lampu hijau, dunia akan jadi terbalik!

Untuk mengurangkan tekanan ketika menjawab soalan, anda digalakkan meminum air yang banyak sebelum masuk ke bilik ujian. Anda juga wajib mengisi perut terlebih dahulu kerana dibimbangkan masalah kelaparan menggangu anda ketika sedang menjawab ujian.

Sila semak soalan dan jawapan. Semak berkali-kali bagi memastikan anda tidak melakukan kesilapan. Ada soalan yang kelihatan mudah tapi mengelirukan. Anda tidak boleh bersikap sambil lewa. Pastikan masa yang diberikan untuk menjawab soalan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Sebaik mungkin jangan biarkan diri anda sentiasa melihat jam. Dan demi keselesaan, digalakkan anda tidak memakai jam ketika di bilik ujian. Beberapa larangan seperti tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, tidak dibenarkan meniru, tidak dibenarkan membawa nota atau berbuat bising mesti dipatuhi.

Anda jangan bimbang tentang kegagalan. Sebaliknya jika anda telah membaca buku rujukan dan sering bertanyakan soalan kepada mereka yang lebih arif sebelum ujian, anda akan lebih berkeyakinan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10