nuffnang ads

Wednesday, July 14, 2010

JUTAWAN BURUNG

Orang dulu-dulu kata burung cenderawasih sangat mujarab untuk dijadikan ubat dan penawar dalam banyak perkara. Satu keistimewaaanya dikatakan boleh menjadikan seseorang itu kaya dalam sekelip mata. Selain itu ada juga yang mendakwa sehelai bulunya jika diletakkan di saku baju, dihempap durian pun tak rasa apa-apa.

Banyak sangatlah keistimewaannya diperkatakan orang tentang burung yang didakwa hidup di awan dan apabila mati turun ke bumi. Bagaimanapun, saya tidak mempercayai kelebihan yang lain kecuali keistimewaan burung itu boleh menjadikan kita jutawan dan kaya-raya. Ini memang benar dan sebab itu burung itu menjadi buruan mereka yang pakar. Malah ada yang tergamak melanggar undang-undang demi memburu impian menjadi jutawan.

Kenapa saya katakan burung itu membawa tuah dan boleh menjadikan pemiliknya jutawan? Sebab kadangkala seekor burung cenderawasih yang telah diawet diletakkan harga sehingga pernah mencapai jutaan ringgit. Apabila ada pembeli yang sanggup mendapatkannya maka bertukarlah tuah si pemilik menjadi jutawan!

Teringat juga satu kisah dua minggu dulu. Si Hasli Izwan, penembak Malaysia tu terserempak seekor burung di tepi jalan. Entah apa sebabnya burung itu kelihatan lemah dan dapat ditangkapnya. Entah burung apa, dia pun tak pasti. Saya melihatnya pun kurang arif. Nak kata helang tidak, tekukur tidak. Burung itu dimasukkan ke dalam kereta dan dibawa pulang ke rumah.

Dalam hati saya, sebenarnya berdetik cakap-cakap lucu. Jangan-jangan burung dari langit, bisik hati. Kasihan melihat burung itu, Hasli memberitahu dia mahu membelanya. Saya pun carikan sangkar yang lama dan burung itu dimasukkan. Entah macam mana sewaktu Hasli memasukkan tangannya memberi makan, burung itu entah berapa kuasa kuda digunakan berjaya mencelah keluar dan terbang mengikut pintu sangkar yang terbuka sedikit. Apa lagi. Purrrrrrrrrrr! Berdesup macam kumbang diikat benang.Terbanglah burung.


Saya pandang Hasli. Hasli pandang saya. Dia pun kejar burung tu yang sekejab turun ke tanah, sekejap naik ke pokok. Puas dicarinya tak berhasil. Pengalaman tak sampai sejam memelihara burung pelik itu memang melucukan. Apatah lagi Hasli bersungut. "Orang nak jaga engkau. Nak kasi makan. Kau terbang. Lantaklah!"


DEBUS DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Saya cakap Hasli, nanti malam kita pakai gam tikus. Kita jolok merbuk kat pokok mangga belakang rumah tu. Buat ganti burung yang terbang!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10