nuffnang ads

Tuesday, July 13, 2010

TAMAK MERUGIKAN

Banyak orang terlupa bahawa perasaan tamak sering sahaja merugikan. Tamak bukan membawa keuntungan sebaliknya ia membawa lebih kemudaratan. Biasanya tamak berkaitan dengan sikap mahu memiliki sesuatu secara gopoh dan memilikinya melebihi orang lain.

Apabila tamak menguasai diri, mereka terlupa bahawa sesuatu yang mahu dimilikinya itu kadang kala sebahagiannya adalah milik orang dan tidak sah untuk dimilikinya.

Demikian sifat tamak. Ia umpama mata sentiasa terbuka tapi tidak dapat melihat. Seperti mulut, sentiasa terbuka tapi bisu. Tidak hairanlah ada pepatah Melayu berkata: Orang Tamak Selalu Rugi. Macam Anjing Dengan Bayang-Bayang. Kenapa? Sebabnya anjing ada mata, tapi matanya tidak melihat keadaan sebenar. Mata tamaknya ketika itu menguasai segala-galanya. Maka rugilah ia.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10