nuffnang ads

Monday, July 12, 2010

MUAL DAN LOYA

CERITA pasir! Usah temberanglah sebab sejak saya jadi orang media, curi pasir, samun pasir dan rompak pasir bukan cerita pelik. Ini hal yang berlaku sejak dulu. Malah dulu lagi teruk berbanding sekarang.

Dakwaan Khir Toyo macam meludah ke langit, kena batang hidung sendiri. Tidak adakah isu baru? Isu curi pasir tak akan membawa apa-apa keuntungan kepada parti UMNO. Dan kerana membawa isu-isu seperti inilah, orang semakin meluat dan tidak melihat UMNO sebagai parti yang berwibawa.

Mungkin isu perniagaan penyapu lidi yang boleh menjadikan anak Melayu kaya lebih menarik dibahas dan difikirkan.

DEBUS DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Mual dan loya. Anak Melayu semakin terpinggir. Itu masalah utama tak pernah selesai sejak merdeka. Teringat pula seseorang yang mahu melihat sifar pembangkang di Selangor... Fuhhhh.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10