SIKAP seorang isteri yang sering curang dengan membawa lelaki pulang ke rumah ketika ketiadaan suami, akhirnya dibalas dengan pemberian penampar Jepun.
Akibat itu juga dia dan pasangannya yang berusia 50 tahun, terpaksa ditahan di lokap polis selepas diberkas sepasukan penguakuasa Jabatan Agama Daerah Langkawi (Padal) selepas suaminya yang berusia 40-an membuat laporan.
Kejadian itu berlaku jam 4 pagi semalam di sebuah rumah di Kuah, Langkawi. Sebelum ini, suami wanita terbabit mendakwa isterinya dikatakan orang sering sahaja membawa pulang kekasih gelapnya ketika dia tiada di rumah.
Bagamanapun, pagi semalam, suami wanita itu membawa sepasukan penguatkuasa agama menyerbu rumah mereka selepas sahih mengetahui isterinya sedang bersedap-sedapan dengan lelaki lain.
Ketika serbuan di buat, seorang lelaki hanya berseluar panjang keluar dan tidak berbaju. Dia mendakwa bajunya basah kuyup terkena hujan ketika bermotosikal ke rumah itu. Sementara isteri curang itu pula pucat lesi terutama apabila melihat suaminya ada bersama penguatkuasa agama.
Belum sempat memberi alasan bodoh, suaminya yang berang menghadiahkan beberapa das penampar Jepun. Lelaki terbabit menganggap wanita itu sebagai adik angkatnya. Dia yang telah beristeri dan mempunyai tiga anak bagaimanapun gagal diberi simpati.
Selepas kedua-duanya gagal mengemukakan wang jaminan, mereka ditahan di loka.