nuffnang ads

Thursday, December 16, 2010

KUANTAN: BEKAS TEMAN LELAKI TIKAM GADIS ENGGAN BERI NOMBOR TELEFON BARU

SEORANG gadis berusia 23 tahun cedera di paha dan lengan kirinya selepas ditikam oleh bekas teman lelakinya selepas bergaduh di simpang jalan Bandar Jengka, Maran, di Kuantan.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 9.30 pagi semalam ketika bekas teman lelaki mangsa terserempak di sebuah kedai makan.

Pegawai Urusetia JSJ Pahang, ASP Noor Ashikin Shamsuri, berkata ketika mangsa keluar dari kedai makan, bekas teman lelakinya datang dan terus meminta nombor telefon baru mangsa. Bagaimanapun, mangsa enggan memberinya.

Mangsa kemudian terus menuju ke motosikalnya dan berlalu tetapi bekas teman lelakinya itu mengekori. Tiba di simpang jalan Bandar Jengka, bekas teman lelakinya itu meminta lagi nombor telefon barunya tetapi mangsa memarahinya.

Mereka kemudian bertekak sebelum bekas teman lelaki mangsa mengeluarkan pisau lalu menikam paha dan lengannya.

Menurut Noor Ashikin, mangsa kemudian meminta bekas teman lelakinya itu menghantar dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan. (macam cerita hindustan pulak)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10