nuffnang ads

Thursday, November 4, 2010

SELAMAT MENGUNDI GALAS DAN BATU SAPI: UNDILAH SECARA AKAL YANG BERKUALITI UNTUK MEMILIH PEMIMPIN YANG BERKUALITI

Pagi ini bermulalah satu lagi pemilihan melibatkan dua kawasan berbeza. Satu di Galas, Kelantan dan satu lagi di Batu Sapi, Sarawak.

Hari ini pengundi adalah raja. Hari ini pengundi akan dilayan dengan sebaik mungkin. Tak percaya buatlah apa sahaja. Contohnya minta didukung ke pusat pengundian. Ramai yang sanggup menyerahkan diri menjadi hamba sahaya mendukung pengundi. Mintalah dipicit belakang yang lenguh-lenguh. Kalau tak ada yang datang memicit, jangan cakaplah. Kalau tak datang juga, laungkan kuat-kuat yang kita ada undi dalam tangan. Semua berlari, sebab mereka faham hari  ini pengundi amat mahal harganya. Harga pengundi hari ini tiada tolok nilainya, hatta dinilaikan dengan harga cincin belah rotan di tangan perempuan yang disarung oleh seorang lelaki yang dia baru kenal semalam.

Hari ini hari menyengih dan senyum tak putus-putus. Sehingga jam 5 petang nanti, semua petugas parti akan memaksa diri menyengih dan senyum sampai rabak ke telinga.

Hari ini di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi, tak ubah macam orang minta nyawa. Kalau disuruh melutut supaya dapatkan undi pun mereka sanggup.

Tapi ingat. Selepas jam 5 petang ini, keadaan akan secara automatik berubah. Orang yang siang tadi pengundi lihat senyum dan ramah tergedik-gedik, akan berubah personaliti. Senyum dan sengih mereka menjadi mahal. Silap-silap kalau diberi salam pun mereka tak mahu menjawab. Sebabnya? Sebab mereka telah habis waktu bekerja untuk meraikan raja sehari.

Mereka tak akan peduli kalau malam nanti kita beritahu yang jambatan di depan rumah kita rosak. Mereka tak akan peduli kalau kita kata, keluarga kita telah seminggu tak makan. Kalau mereka mahu dengar pun, mereka akan balas semula dengan kata-kata: "Kenapa masa berkempen tak bagi tahu kami?"

Dan sebaik sahaja keputusan diketahui malam ini, jangan haraplah. Jangan haraplah pengundi akan dilayan seperti raja. Pengundi akan dilayan seperti hamba! Percayalah, sebab resmi manusia ialah selepas dapat apa yang mereka hajati, semua benda lain tak berguna lagi.

Jadi sebelum jam 5 petang, pengundi di dua kawasan berkenaan ada masa dan sedikit ruang untuk berfikir. Berfikirlah secara berkualiti supaya kita dapat mengundi secara berkualiti dan dapat memilih seorang wakil rakyat yang berkualiti yang mampu memberikan khidmat berkualiti untuk menikmati kehidupan masa depan yang berkualiti.

Kegagalan pengundi untuk memilih secara berkualiti akan hanya menyebabkan negara kita semakin sarat dan semak dengan pemimpin yang tiada kualiti!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10