TIGA bekas pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Bintulu yang dituduh membuli sehingga mati dengan menendang dan menumbuk seorang pelajar sekolah yang sama tiga tahun lalu, dijatuhi hukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Bintulu, semalam.
|
Ketiga-tiga terlepas hukuman gantung kerana masih juvana ketika kejadian membuli rakan sehingga mati tiga tahun lalu. |
Bagaimanapun, ketiga-tiganya terselamat daripada hukuman itu kerana mahkamah mendapati mereka masih juvana, berusia 16 tahun ketika kejadian dan hakim Sangau Gunting, mengarahkan mereka ditahan di Penjara Pusat Lambir, Miri.
Ketiga-tiga didapati bersalah melakukan buli ke atas Matthews Mering August pada 27 januari 2007 di dalam sebuah bilik bacaan yang terletak di tingkat bawah sekolah berkenaan.
Ketika didakwa tiga tahun lalu, kesemua meminta dibicarakan. Kesemua diwakili oleh peguambela Stephen Augustine Lenteng.