nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

ENGGAN BENARKAN ISTERI BERGOYANG INUL DENGAN LELAKI LAIN, SUAMI DIBELASAH 6 SAMSENG

LOKASI kejadian di sebuah kelab dangdut di Kuala Lumpur. Masanya sekitar jam 3.45 pagi. Ceritanya bermula apabila seorang lelaki pelanggan kelab dangdut memujuk seorang wanita berusia 38 tahun yang sedang berhibur sambil mendengar muzik.

Bagaimanapun, wanita itu yang bersama suaminya di kelab berkenaan enggan melayan. Namun lelaki dipercayai mabuk itu tidak mudah mengalah. Dia memujuk berkali-kali mengajak menari bergoyang Inul. Namun wanita berkenaan tetap berkeras.

Lelaki berkenaan tidak berputus asa memujuk walaupun tahu suami wanita berusia 47 tahun ada di sisinya. Mungkin geram tidak dipenuhi permintaan, lelaki terbabit merentap tangan wanita itu menyebabkan suaminya berang dan menolak lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan suami wanita menolak lelaki yang mengganggu isterinya itu dilihat oleh 5 lagi rakan lelaki terbabit. Kesemua samseng kampung itu meluru dan menyerang suami wanita berkenaan. Mereka menendang, menumbuk secara bertubi-tubi menyebabkan mangsa pengsan.

Tiada sesiapa di dalam kelab itu berani membantu walaupun isteri mangsa merayu bantuan. Mungkin mereka sibuk atau pun mungkin semuanya mabuk!

Bagaimanapun, isteri mangsa berjaya membawanya keluar selepas itu dan menghantarnya ke Hospital Pantai untuk mendapatkan rawatan. Satu laporan polis juga dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi. Polis kini sedang menyiasat.

p/s: Jam 3.45 pagi masih kat kelab dangdut. Suami isteri sepatutnya mencari cara lain untuk berhibur. Ini baru sekarang. Kalau nanti hub hiburan dibuat oleh kerajaan, setiap malam bergaduh!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10