KEGAGALAN paling memalukan seperti ditulis oleh Moshe Dayan ialah apabila seseorang yang cuba menyamar, tidak menyedari perbuatannya menyamar telah lama diintai dan diketahui orang. Keadaan menjadi lebih menyeronokkan apabila orang yang menyamar itu terus melakukan perbuatannya kerana berasa tiada sesiapa pun tahu akan perbuatannya menyamar.
Pada masa yang sama orang yang mengetahui setiap inci helah penyamaran itu pula, sengaja buat-buat muka toya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Penyamaran yang diketahui oleh pihak musuh ini dikatakan Moshe Dayan sebagai kegagalan paling memalukan. Menyamar boleh tapi jangan buat samar-samar.