IMPIAN pasangan negara untuk menakluki takhta kejuaraan badminton beregu All England tidak kesampaian walaupun bergasak selama 62 minit, apabila kecundang kepada beregu nombor satu dunia, Boe Mathias/Mogensen Carsten pada perlawanan akhir sebentar tadi.
Khoo/Tan tewas tipis 21-15, 18-21 dan 18-21 dalam perlawanan yang mendebarkan. Aksi saling mengejar mata bermula sejak set pertama tapi dimenangi oleh beregu negara.
Dua set terakhir dimenangi pasangan Mathias/Mogensen. Pasangan negara berpeluang membuat kejutan kerana pada set penentuan telah mendahului 11-6, namun mereka gagal memburu mata sebelum diikat pasangan nombor satu dunia itu 16-16 dan seterusnya memenanginya dengan 21-18.