nuffnang ads

Tuesday, March 15, 2011

KENAPA HARUS TUNGGU 2012 HARAMKAN BOTOL SUSU POLIKARBONAT?


SOALAN: Kenapa harus tunggu 2012 untuk haramkan penggunaan botol susu polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA)?

JAWAPAN: Untuk beri peluang kepada pengusaha/pekilang menyediakan mesin baru dan menyediakan bahan baru bagi menyesuaikan keperluan kepada produk botol susu yang lebih selamat.

ULASAN: Apakah dalam setiap hal atau perkara, setiap beban atau masalah mesti dipikul oleh pengguna? Kalau telah diketahui botol itu berbahaya, hentikan sahaja. Kenapa mesti memberi ruang kepada pengusaha/pekilang untuk menarik nafas lega, sedangkan selama ini pengguna tidak mempunyai ruang atau peluang untuk berasa lega.

Soal keburukan daripada botol polikarbonat telah menyebabkan berjuta pengguna berdepan risiko tetapi pada masa sama pengusaha/pekilang telah mengaut keuntungan. Soal isu ini baru disahkan tidak patut menjadi alasan kerana dalam dunia perniagaan, inilah risikonya. Kenapa pengusaha/pekilang diberi peluang untuk mengelak kerugian? Soal kerugian pengguna terutama di segi keselamatan ini, siapakah yang memberi peluang atau simpati? Hal begini sebenarnya sering belaku. Apabila tercetusnya isu membabitkan kerugian kepada pelanggan, mesti pengusaha/pekilang yang didahulukan. Mesti keuntungan pengusaha/pekilang yang diberi keutamaan. Adilkah? Kenapa tidak diharamkan sahaja. Pengusaha/pekilang kenalah berdepan kerugian sebab selama ini pengguna juga telah kerugian. Di mana suasana menang-menang dalam isu ini?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10