nuffnang ads

Friday, February 4, 2011

TERKINI. IMANDA AMELIA TERBUNUH DI MESIR: DISAHKAN BUKAN WARGA INDONESIA, BUKAN WARGA MESIR DAN BUKAN WARGA AUSTRALIA. AMELIA INI WARGA NEGARA MANA?


KINI semuanya menjadi teka-teki. Kematian seorang petugas yang bekerja secara sukarela di salah satu badan naungan Bangsa-Bangsa Bersatu akibat ditembak dalam rusuhan di Mesir, beberapa hari lalu menjadi misteri.

Ketika kematian Imanda Amelia, 28, dikatakan oleh pihak berkuasa Mesir sebagai warga Indonesia, Menteri Luar Indonesia, Mary Natalegawa hari ini mengesahkan mangsa bukan warga negara itu.

Menurut Natalegawa, pelbagai usaha mengesan dan memeriksa latar belakang mangsa juga mengesahkan dia bukan warga negara Indonesia.

Pemeriksaan susulan juga dibuat di Mesir dan pihak negara itu mengesahkan Amelia yang mati akibat tembakan mengenai ambulans dinaikinya, bukan warga negara itu.

Natalegawa turut memberitahu media, maklumat juga disampaikan kepada Australia dan selepas pemeriksaan kerajaan negara itu semalam mengesahkan wanita yang maut itu bukan warga Australia.

Jika Imanda Amelia bukan warga Indonesia, bukan warga Mesir dan juga bukan warga Australia, warga negara manakah dia. 

Maklumat mengatakan Amelia fasih berbahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta Arab. Siapakah Imanda Amelia yang menjadi korban rusuhan terhadap penentangan ke atas Hosni Mubarak ini?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10