TANGIS dan hiba Bujang Taha, juara bina badan negara dan Mr Asia terubat juga semalam apabila wakil Yayasan Kebajikan Bekas Atlet Malaysia (YAKEB) menemuinya dan menghulurkan sumbangan berjumlah RM21,000.
Sumbangan itu adalah untuk meredakan keresahan dan kehibaan Bujang selepas rumahnya musnah dijilat apa beberapa hari lalu.
RM10,000 diterima daripada Bank Rakyat, RM10,000 daripada Naim Holdings Berhad (Naim) dan RM1,000 daripada YAKEB.
Semoga budi baik semua membantu Bujang dihargai Allah.