nuffnang ads

Wednesday, February 2, 2011

SEGERA WUJUDKAN TABUNG BANTU PELAJAR KITA DI MESIR


BERDASARKAN beberapa pandangan yang diterima adalah baik dan bertepatan pada masanya jika kerajaan atau badan swasta segera menubuhkan satu TABUNG khas bagi membantu pelajar Malaysia di Mesir pada masa ini.

Tabung ini amat perlu bagi membantu golongan pelajar yang tidak berkemampuan berikutan pelbagai kesusahan yang sedang mereka hadapi kini.

Kerajaan dan pihak swasta tidak perlu menunggu lagi kerana maklumat yang diterma menunjukkan tidak semua pelajar kita di Mesir mempunyai wang mencukupi.

Inilah masanya kita membantu rakyat kita yang berada dalam situasi becana. Jika kita mampu membantu rakyat di negara luar setiap kali dilanda bencana, kini giliran rakyat kita sendiri memerlukan bantuan di saat genting kekurangan makanan, kekurangan wang dan trauma di negara orang.

AYUH...kepada Perdana Menteridan syarikat gergasi, tolonglah mereka dengan kadar segera.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10