BEKAS penyerang pasukan Kelantan dan Johor FC, Sarozi Daud, 32, telah kembali ke rahmatullah, selepas diserang barah tengkuk sejak setahun lalu.
Beliau meninggal dunia jam 9 pagi tadi di Hospital Perdana, Kota Bharu ketika mendapat rawatan. Allhyarham meninggalkan seorang isteri, Aisyah Norehan Azahari, 25.
Jenazahnya telah selamat dikebumikan selepas solat zohor di kampungnya, Kampung Pangkal Nering Timur, Machang, Kelantan.