SEORANG lelaki yang bekerja sebagai peniaga gerai, dihukum penjara sejumlah 80 tahun dan 40 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang masih di bawah umur.
Lelaki terbabit mengaku bersalah di hadapan hakim Mohamad Sekeri Mamat atas empat tuduhan merogol anak kandungnya itu.
Berdasarkan fakta kes, tiga daripada perbuatan rogol itu dilakukan tertuduh di depan isterinya sendiri.