BEBERAPA kawasan di Pahang, berdepan banjir yang semakin buruk mengakibatkan semakin ramai terpaksa dipindahkan hari ini.
Menurut jurcakap Bilik Gerakan Banjir, sehingga kini angka yang dipindahkan telah meningkat daripada 800 orang kepada lebih 1,600.
Rompin menjadi kawasan paling teruk dilanda banjir. Turut terbabit banjir ialah daerah Temerloh, Bentong dan Raub.