PERKHIDMATAN internet dari dalam dan keluar Libya, diputuskan sama sekali sejak semalam sebaik sahaja pemerintah negara itu mengambil tindakan cabut plug bagi menangani penentangan rakyat dan pembangkang yang semakin meningkat.
Tindakan mencabut plug itu juga dikatakan bertujuan mematahkan kebangkitan rakyat, sama seperti dilakukan Mesir sebelum ini. Namun pihak antarabangsa percaya, Muammar Gaddafi gagal membendung kebangkitan rakyat yang setakat ini dikatakan telah membunuh 41 nyawa sejak Selasa lalu.