Kembar ditemui di dalam perut pemuda berusia 22 tahun di Hosital Shahid Bahonar, Kerman, Iran. |
BARU-baru ini seorang pemuda berusia 22 tahun dikejarkan ke Hospital Shahid Bahomar, di Iran selepas mengadu sakit perut.
Pemeriksaan doktor menemui sesuatu yang mengejutkan. Di dalam perut pemuda itu ditemui janin, dipercayai kembar pemuda berkenaan. Janin itu mempunyai rambut, gigi, tengkorak dan tulang belakang.
Pakar percayai ia bukan sesuatu yang pelik kerana ada kes kembar 'memakan kembar' iaitu satu proses yang berlaku sebelum seseorang itu dilahirkan.
Pemuda tersebut kini dilaporkan dalam keadaan sihat selepas melakukan pembedahan. Kes hampir serupa juga dilaporkan di Greece pada tahun 2008 melibatkan seorang gadis.
Bagaimanapun, janin yang ditemui lebih kecil.