SEORANG ibu muda maut manakala anaknya yang berusia 10 bulan dan suami yang memandu kereta terselamat dalam satu kemalangan jalan raya di KM272.9 Lebuhraya Utara Selatan, berdekatan Seremban, awal pagi semalam.
Siti Mastura Mokhtar, 28, dipercayai parah meninggal di tempat kejadian apabila kereta dipandu suaminya, 30-an terbalik beberapa kali sebelum termasuk ke longkang selepas dilanggar oleh sebuah kereta lain dari jalan yang sama.
Kejadian berlaku jam 5 pagi apabila kereta dinaiki mangsa berada di lorong tepi, dilanggar sebuah kereta di lorong tengah.
Pemandu di lorong tengah dalam aduannya kepada polis berkata, keretanya pula dilanggar oleh sebuah kereta lain di lorong laju, sebelum terlanggar kereta dinaiki mangsa sekeluarga.