DALAM usaha untuk menutup cerita sebenar yang berlaku di Mesir, pihak berkuasa negara itu menahan dan menyoalsiasat enam wartawan stesyen televisyen satelit Qatar, Al-Jazeera selama beberapa jam semalam.
Kesemua, termasuk warga Australia, Portugal dan Britain bagaimanapun dibebaskan selepas diberi amaran agar tidak membuat liputan.
Mereka ditahan di dalam bilik sebuah hotel selepas merakam gambar rusuhan dan pelbagai kegiatan yang yang berlaku sepanjang kebangkitan rakyat menolak presiden Hosni Mubarak.
Sehari sebelum itu, pejabat Al-Jazeera telah ditutup manakala semua kad akreditasi media wartawan stesyen televisyen itu dibatalkan serta-merta.
Jurcakap Al-Jazeera berkata, tindakan pihak berkuasa Mesir itu adalah satu pencabulan terhadap kebebasan media dan menafikan hak rakyat negara itu mendapat maklumat secara bebas.
Kerajaan Amerika menerusi jurucakapnya, Philip Crowley turut mengecam tindakan menahan wartawan terbabit dan sebaik ditahan, Amerika Syarikat meminta kesemua dibebaskan tanpa syarat.