DIA pelajar terbilang dan belajar pun katogeri cemerlang. Lulus dalam bidang perubatan Universiti Malaya. Tapi dia kini bekerja sebagai kedi di padang golf. Dia memang macam itu.
Itulah hebatnya anak lelaki Melayu berusia 50 tahun. Sebagai an axed doktor mulut dia celupar. Dia tak mahu mengubat sakit tetapi lebih gemar mencari penyakit.
Tapi saya suka dia sebab muka dia macam orang Cina, dalam darahnya mengalir jiwa Jawa dan Melayu. Saya suka dia juga sebab ramai orang tak suka dia.
Apabila ramai orang tak suka dia maknanya adalah peluang saya untuk jadi rapat dan semakin akrab dengan dia.
Adakah dia kata kalau orang cakap gajah itu kambing kita mesti angguk sahkan memang kambing. Memang dia pelawak, pelawak yang profesional dan susah mencari orang macam dia yang kalau marah kawan pun, dia buat muka selamba sambil minum Redbull. Kalau tidak dia minta teh tarik MANIS! Perkataan manis itu diulangnya dua tiga kali....