SEEKOR ayam di Sungai Penuh, Indonesia menimbulkan kebingungan kepada pemiliknya, Afriadi. Ayam itu telah disembelih cukup mengikut syariat, tetapi selepas empat hari masih hidup lagi. Doktor veterinar juga hairan, malah ayam itu masih kuat makan. Cuma makanannya akan keluar melalui lehernya yang terpotong itu.
Afriadi hilang akal. Mahu dibunuh, tidak tahu caranya lagi. Kasihan pun ada. Mahu dijahit lehernya, kata Afriadi biaya pembedahan pula tinggi. Ayam...oh ayam.