SERAMAI 90 warga Singapura tiba di Lapangan Terbang Changi pagi ini, selepas dibawa keluar dari Mesir menerusi pesawat khas.
Mereka termasuk 59 pelajar, kebanyakannya menuntut di Universiti Al-Azhar, 10 pegawai swasta dan 12 pelancong.
Seramai 17 lagi pelajar wanita warga negara itu telah berlepas keluar ke Dubai semalam.
Timbalan Chie de mission Kedutaan Singapura di Kaherah, Samuel Tan menyifatkan keadaan di Mesir kini dalam kelam-kabut.