nuffnang ads

Sunday, January 30, 2011

PELAJAR 18 TAHUN DARI MALAYSIA DIROGOL BERGILIR-GILIR 7 LELAKI RUSIA DI LONDON


SEORANG pelajar Malaysia berusia 18 tahun dilaporkan menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan tujuh lelaki warga Rusia, diketuai seorang pegawai perisikan di pejabat polis Moscow, dalam satu kejadian di London, awal minggu ini.

Pelajar terbabit yang kini trauma dilaporkan seorang pelajar mengikuti jurusan Bahasa Inggeris di Kolej Bellerbeys, Greenwich. Kejadian dilaporkan secara meluas oleh media Britain, termasuk The Sun.

Urutan kejadian bermula pada Ahad lalu apabila gadis berkenaan menyertai sebuah parti berprestij di kolejnya sebelum dia diheret memasuki sebuah bilik selepas dipercayai diberikan dadah.

Empat rakyat Rusia itu telah ditahan pihak berkuasa. Mereka ialah pegawai perisikan, Oleg Vadimorich Ivanor, 23, Gregory Andreev Melnikov, 22, Norayr Dartyan, 25 dan Arnen Simonay, 26. Tiga yang lain dibebaskan.

Kejadian rogol itu juga dikatakan dirakam oleh kesemua suspek yang bertubuh besar. Mangsa seorang gadis bertubuh kecil kini dilaporkan berada dalam keadaan tertekan dan mendapat rawatan akibat pelakuan seks secara bergilir-gilir itu.

Kesemuanya telah didakwa di Mahkamah Majistret di Selatan London, pada Selasa dan Rabu. Bagaimanapun, kesemua warga Rusia itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10