SEORANG lelaki di utara China yang enggan berkahwin sehinggalah dipaksa oleh kakaknya pada usia 46 tahun, akhirnya mendedahkan kenapa dia tidak mahu berkahwin sebelum ini.
Lelaki itu, Li lin Zing, ditemukan jodoh dengan seorang wanita berusia 28 tahun. Bagaimanapun, selepas seminggu berkahwin, isterinya Xie Ili melarikan diri meninggalkan Lin Zing sendirian.
Tidak ada sesiapa pun tahu kenapa isteri yang baru dikahwininya melarikan diri. Lin Zing pula walaupun ditanyakan beberapa kali oleh kakaknya enggan menjawab. Dia hanya menggelengkan kepala sehinggalah pada satu hari keluarga isterinya datang berjumpa kakaknya untuk menceritakan semua yang telah berlaku. Keluarga isterinya juga meminta Lin Xing menceraikan isterinya.
Kakak Lin Zing amat terkejut kerana sepanjang hayatnya dia tidak mengetahui adik lelakinya mempunyai 'kesistimewaan' luar biasa yang menyebabkan isterinya lari.
Selepas ditanya dan didesak, Lin Zing mengakui dia memiliki 'zakaria kembar' seperti pisang kembar - satu keadaan yang amat menyulitkan bagi seorang isteri untuk menerimanya!