nuffnang ads

Monday, December 27, 2010

TERKINI: 3 NELAYAN DIKHUATIRI LEMAS, SATU LAGI TRAGEDI BOT KARAM DI PERAIRAN DUNGUN

SATU LAGI bot karam. Kali ini membabitkan sebuah bot nelayan di perairan berdekatan Dungun, Terengganu kira-kira jam 7 petang tadi.

Tiga nelayan dikhuatiri lemas dan hilang, manakala enam yang lain berjaya diselamatkan. Gerakan mencari sedang dijalankan. Semua mangsa warga tempatan.

Ini adalah nahas kedua membabitkan bot dalam tempoh 48 jam. Kelmarin, sebuah bot membawa 29 penumpang karam di perairan Pulau Sibu Mersing berdekatan Jeti Feri Tanjung Leman.

Empat mayat setakat ini telah ditemui, seorang masih hilang. Kesemua mangsa dalam kejadian itu warga Singapura.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10