Mereka dilihat memasuki rumah mayat Hospital Tunaku Jaafar semalam. |
IDENTITI tiga mangsa rentung dalam sebuah kereta Perodua MyVi yang terbabit dalam kemalangan maut akibat melanggar belakang sebuah treler di KM241 Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) berdekatan plaza tol Pedas-Linggi pagi semalam, masih misteri.
Bagaimanapun, sebuah keluarga kelihatan memasuki rumah mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban malam tadi, selepas dihubungi polis.
Difahamkan kereta berpendaftaran MBE itu milik seorang anggota polis di Melaka.