(Maklumat ini bertujuan menjawab pertanyaan orang ramai)
Orang ramai dinasihatkan menghubungi Balai Polis Pasir Panjang atau IPD Port Dickson jika inginkan maklumat lanjut mengenai kemungkinan ada saudara mara mereka terbabit dalam kematian akibat nahas jalan raya di Kampung Bukit Tembok, Pasir Panjang, Port Dickson jam 11 pagi tadi.
Bagaimanapun, maklumat awal saksi memaklumkan 5 sekeluarga yang terbunuh menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback bernombor pendaftaran pangkal A(huruf lain tidak dapat dikesan)...7494. Kereta itu dikatakan dalam perjalanan dari Port Dickson ke arah Melaka.