LIMA disahkan terbunuh dalam kemalangan jam 11.15 pagi di Kampung Bukit Tembok, Pasir Panjang Port Dickson.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata mereka ialah Mohd Said Lakan, 58, isterinya Rosnani Buyong, 50, anak perempuan, Nordiana Mohd Said, 30, suami Nordiana, Saipul Naaim Mat Dan, 36 dan anak pasangan itu Mohd Harith Firdaus, 4.
Kemalangan itu membabitkan kereta Waja, Wira Aeroback, Kia Spectra, MyVi dan sebuah trak tentera dari arah Melaka ke Port Dickson.