nuffnang ads

Friday, December 3, 2010

SAMAN SITI AISHAH UNTUK JAGA KEPENTINGAN SEMUA

TINDAKAN bekas Raja permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman ke atas Uncle Seekers harus dilihat sebagai satu tindakan yang wajar.

Ini kerana ia membabitkan kepentingan semua, terutama kerana Siti Aishah adalah bekas Permaisuri Agong dan pada kedudukan itu ia harus dijaga dan dilihat dalam keadaan sentiasa terpelihara tanpa dicemari oleh elemen-elemen berbentuk peribadi yang negatif dan kurang hemah sifatnya.

Sambil tidak menolak hal-hal peribadi adalah hak asasi, tetapi batas hak asasi juga harus ada menyempadani nilai, norma dan martabat yang diberikan oleh rakyat. Khususnya kepada orang Melayu yang sentiasa meletakkan kedudukan Raja-raja dan waris serta kerabatnya yang pernah menduduki tempat duduk istimewa sentiasa di tempat yang lebih tinggi dan wajar.

Penyebaran hal-hal berkaitan peribadi dan kadang-kala boleh mengheret sama hal-hal yang berstatus kerahsiaan boleh menyebabkan kedudukan mulia dan status tinggi itu tercemar.

Semoga tindakan ini memperbetulkan persepsi dan pada masa yang sama melerai kekusutan sekaligus memelihara sesuatu yang indah dan mulia dipandang selama ini, terus indah dan dimuliakan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10