nuffnang ads

Monday, December 13, 2010

SAAT JARUM JAM BERDENTING

Saat jarum jam berdenting
mengetuk pintu 1 Januari
di tengah  malam keramat
sebak kalbuku mengusung pilu
melepaskan tangan 31 Disember
berangkat masuk ke balik usia

Saat sorak-sorai gemersik
menyambut tahun baru
di bahu-bahu malam
rusuh hatiku
memasuki kamar 1 Januari
yang wangi dan serba baru

Kini tinggallah segala kenangan
dua belas bulan terpadam dari
kalendar
dalam angka baru
rasmilah aku semakin tua

terima kasih 2010
memberikan aku ruang
mencari
walaupun hanya ini kutemui
perjalanan penuh daki
pengalaman penuh ngeri

Maafkan aku 2011
hanya ini yang mampu kubawa
sebatang tongkat telah patah
sekeping hati telah parah!
 

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10