nuffnang ads

Saturday, December 4, 2010

RAKYAT MELAYU MELARAT TAK PERLUKAN TRANSFORMASI DAN APA BAGAI SI..SI..SI..SI

RAKYAT Melayu melarat tak mengharapkan transformasi! Tranformasi sepatutnya bermula 1957 lagi. Sekarang tahun 2010, rakyat Melayu mahu isi! Bukan mimpi atau apa bagai benda basi dari celah bibir yang hujungnya ada si...si...si..si.

Rakyat Melayu melarat mahu makan, mahu nasi! Hari ini mereka lapar. Mereka tahu tranformasi tak boleh bagi mereka kenyang hari ini. Transformasi hasilnya 100 tahun lagi. Ketika itu orang Melayu yang merempat ini sudah tinggal tulang temulang dalam kubur di atas tanah kelahiran yang tak pernah memberikan mereka impian dan kenyataan yang indah-indah!

Pemimpin! Tolonglah bercakap jangan menggunakan air liur basi untuk menipu lagi! Apa hari ini kalau pemimpin kata tranformasi, esok lusa beras yang kosong dalam rumah kami akan penuh? Apakah esok lusa gaji kami dari RM600 jadi RM2,000? Sudah-sudahlah bercakap benda yang sama sejak 1957 lagi! Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pertanian Baru, Dasar Pendidikan Baru dan pelbagai dasar lagi. Hasilnya tengoklah sekarang selepas 53 tahun merdeka. Tengoklah! Aku tonyoh juga mata dia orang kalau tak nampak-nampak bangsa Melayu merempat sekarang!

Sudah-sudahlah pemimpin! Jangan cerita benda bangang yang tak menguntungkan orang Melayu yang kian tertinggal. Apa itu tranformasi orang tak peduli. Orang Melayu hanya peduli pada realiti sekarang iaitu KEMELARATANASI, KEMEREMPATANAKAKI, KEMISKINANAKALI!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10