nuffnang ads

Tuesday, December 28, 2010

PELAJAR 16 TAHUN DICULIK DAN DIROGOL 3 LELAKI

ATAS dakwaan konon abangnya bermasalah dengan tiga lelaki, seorang pelajar perempuan 16 tahun, diculik dari rumahnya di Kampung Belukar Gerek dan kemudian dirogol di sebuah rumah di Pasir Panjang, Kuala Terengganu, semalam.

Tragedi malang itu bermula jam 4.40 pagi apabila rumah mangsa didatangi 3 lelaki terbabit yang berusia di antara 20 dan 27 tahun. Mereka mengetuk pintu rumah sebelum dibuka oleh ibu mangsa berusia 54 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K Manoharan berkata, sebaik sahaja pintu rumah itu dibuka, ketiga-tiga lelaki terbabit mengheret mangsa dan memasukkannya ke dalam sebuah kereta sebelum bergegas meninggalkan ibu mangsa terpinga-pinga.

Tidak lama selepas kejadian, kakak mangsa menerima panggilan daripada seorang pelajar berusia 14 tahun yang memberitahunya, mangsa berada dalam kawalan tiga lelaki terbabit dan berada dalam keadaan sihat.

Pelajar itu kemudian memaklumkan juga bahawa abang mangsa yang berusia 31 tahun turut ada bersama mereka.

Manoharan memberitahu, bertindak daripada maklumat itu polis mengesan lokasi panggilan telefon dan pergi ke sebuah rumah di Pasir Panjang. Polis berjaya memberkas dua lelaki di rumah itu dan tidak lama kemudian menahan seorang lagi ketika suspek menghantar mangsa.

Ketiga-tiga lelaki itu berasal dari Pasir Mas, Bachok, Kelantan dan Kuala Lipis, Pahang kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Mangsa pula dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10