nuffnang ads

Sunday, December 5, 2010

NOH HUJAN TUNANG MIZZNINA, BERMULUT CABUL DAN CELUPAR!

PIHAK media dan peminat ramai yang tahu, Noh Hujan mempunyai keistimewaan luar biasa, iaitu bermulut celupar dan cabul.

Beberapa hari lalu dia 'mencarut' dalam laman sosialnya Twitter dan apabila ditegur dia membalas supaya jika ada yang tidak gemar dengan laman peribadinya itu, jangan menjadi pengikutnya.

Tunang MizzNina ini tentu mempunyai sebab dan alasan untuk mempertahankan cara dan pilihan yang dibuatnya itu, tetapi Noh juga harus faham peminat dan media juga mempunyai alasan untuk menegurnya, terutama kerana bidang seni yang diceburinya adalah ruang untuk banyak orang mengikuti apa yang dilakukannya.

Noh barangkali harus melihat kepada tingkah penyanyi veteran yang lebih hebat dan lebih awal mewarnai dunia seni seperti Nash, Amy dan Shamrin. Barangkali Noh hany mahu mencuba pasaran dengan apa yang ditulisnya itu. Biarlah kalau begitu, kita hanya menunggu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10