nuffnang ads

Sunday, December 5, 2010

JALAN SEMPIT PASIR PANJANG-PORT DICKSON UNDANG LEBIH BANYAK NAHAS MAUT

KEADAAN jalan raya yang sempit terutama selepas pekan Pasir Panjang melalui Kampung Bukit Tembok, Sungai Raya dan Tanjung Agas di Port Dickson dijangka mengundang lebih banyak kemalangan maut, seperti yang berlaku hari ini.

Jalan berkenaan tidak sesuai dengan jumlah kenderaan yang melaluinya, terutama pada hujung minggu apabila pemandu dari luar Negeri Sembilan, terutama dari Melaka, Johor dan Selangor menggunakannya untuk pergi ke pantai peranginan di Teluk Kemang.

Tinjauan mendapati, selain sempit, jalan berkenaan juga mempunyai banyak selekoh berbahaya, termasuk berhampiran surau Kampung Bukit Tembok dan selepas Sekolah Menengah Pasir Panjang. Banyak kemalangan dilaporkan berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk membabitkan pemandu dari Singapura.

Jalan berkenaan yang menghubungkan laluan ke Kuala Linggi di Melaka merentasi jambatan Sungai Linggi sentiasa sibuk terutama pada hujung minggu dan cuti persekolahan hujung tahun. Apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan Negeri Sembilan untuk mengatasi masalah jalan sempit ini?

Apakah kita mahu melihat lebih banyak nahas mengorbankan jiwa seperti berlaku jam 11 tadi yang mengorbankan nyawa 5 sekeluarga?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10