Jazriatul Akma selamat melahirkan bayi lelaki 1 Disember lalu di Hospital Serdang |
Jaariatul Akma Abu Saman, 29, melahirkan bayinya itu di Hospital Serdang Selangor. Anaknya itu kini dinamakan Muhamad Akmal Shamrin sebagai menunaikan janji Jazriatul untuk menggunakan nama arwah suaminya ketika hadir di pengkebumian Shamrin pada 12 November lalu.
Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, rebah ketika bermain bola sepak bersama kawan-kawannya.
Dia dikatakan diserang penyakit jantung ketika bermain. Pemergian arwah amat mengejutkan pelbagai pihak terutama sahabat karib Shamrin sebelum itu sentiasa kelihatan sihat dan bertenaga.