![]() |
Didakwa bunuh anak sendiri..Gelagatnya pun pelik.pix: harianmetro |
SEORANG ibu hanya tersengeh-sengeh apabila melihat gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke mahkamah untuk dituduh kerana membunuh anak sendiri.
Marsuzana Che Muda, 31, memperlihatkan gelagat seperti rusa masuk kampung apabila dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dituduh membunuh bayinya yang berusia 7 bulan di sebuah rumah di Kampung Gual Tengah, Pasir Puteh.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Alia Miazara Mohd Azim di antara jam 4.30 dan 5.30 pagi.